Selasa, 20 Oktober 2009
Format Kejohanan Dan Penajaan
Pertandingan
A Premier League match between Bolton Wanderers and Fulham. Pertandingan
20 buah kelab di Liga Perdana Inggeris masing-masing berlawan dengan setiap kelab lain dua kali, sekali di stadium sendiri dan sekali di stadium pihak lawan untuk jumlah 38 perlawanan setiap kelab. Setiap pasukan menerima 3 mata untuk kemenangan dan 1 mata untuk seri. Semua pasukan disusun kedudukan menurut jumlah mata, dan perbezaan jaringan gol untuk memisahkan pasukan-pasukan yang memperolehi mata yang sama.
3 buah pasukan yang terendah pada akhir musim diturunpangkatkan kepada Kejohanan Liga Bola Sepak, manakala dua buah pasukan yang tertinggi di Kejohanan, serta pemenang perlawanan sampingan yang melibatkan pasukan yang kedudukan ke-3 hingga ke-6, sama-sama dinaikpangkatkan kepada Liga Perdana.
4 pasukan yang teratas layak untuk Liga Kejohanan UEFA: Juara dan Naib Juara memasuki fasa perkumpulanan; ke-3 dan ke-4 memasuki lingkaran perlayakan ke-3. Pasukan ke-5 dilayakkan secara automatik untuk Piala UEFA. Namun jika juara dan naib juara Piala FA Inggeris berada dalam lima pasukan teratas, maka pasukan ke-6 memasuki Piala UEFA. Jika juara Piala Liga Inggeris berada dalam lima pasukan teratas, maka tempatnya di Piala UEFA digantikan oleh pasukan yang seterusnya di Liga Perdana, tetapi naib juara Piala Liga tidak dapat menggantinya. Pasukan yang paling atas di kalangan pasukan-pasukan yang tidak layak untuk Piala UEFA dibenarkan menyertai Piala Intertoto UEFA.
Penajaan
Sejak tahun 1993, Liga Perdana Inggeris telah ditaja. Penaja diberi kebenaran menentukan nama penajaan liga. Senarai berikut menunjukkan setiap penaja dan nama kejohanan ini:
1993–2001: Carling (FA Carling Premiership)
2001–2004: Barclaycard (Barclaycard Premiership)
2004–2007: Barclays (Barclays Premiership)
2007–2010: Barclays Premier League
Kewangan
Liga Perdana berbangga dengan beberapa pemain terbaik di dunia, termasukah yang banyaknya daripada luar England. Liga PErdana merupakan liga bola sepak yang paling lumayan di dunia, dengan jumlah keuntungan kelab lebih daripada £1.3 bilion dalam musim 2004–05 merujuk kepada Deloitte, lebih daripada 40% lebih daripada pesaing terdekat, Serie A Itali . Keuntungan akan naik sebahagian besarnya dalam musim 2007–08 , apabila hak penyiaran media bermula (sila lihat di bawah). Berdasarkan Mei 2006 penukaran matawang asing, £1.3 bilion bertukar menjadi keuntungan tahunan US$2.44 bilion. Angka ini adalah keempat tertinggi bagi apa-apa liga sukan di luar negara , di belakang keuntungan tahunan tiga sukan paling popular di Amerika Utara iaitu (Liga Bola Kebangsaan, Liga Besbol Major dan Pertubuhan Bola Keranjang Kebangsaan), tetapi di hadapan Liga Hoki Kebangsaan .
Permulaan Dan Struktur
Permulaan
Liga musim pertama diadakan1992–93 dan asalnya terdiri daripada 22 buah kelab. Jaringan gol yang pertama adalah daripada Brian Deane terhadap Manchester United dalam kemenangan 2-1 untuk Sheffield United. Disebabkan oleh kekerasan FIFA, perbadanan pentadbiran bola sepak antarabangsa, bahawa liga-liga domestik mengurangkan bilangan perlawanan, bilangan kelab dikurangkan kepada 20 buah pada tahun 1995 apabila 4 pasukan diturunpangkatkan daripada liga ini manakala hanya 2 pasukan dinaikpangkatkan ke liga ini. Pada 8 Jun, 2006, FIFA meminta supaya semua liga-liga utama Eropah, agar mengurangkan kepada 18 pasukan bermula dari musim 2007/08. Liga Perdana Inggeris membalas dengan mengumumkan pemikiran mereka untuk mengingkari pengurangan ini.
Struktur
Liga Perdana Inggeris dioperasikan sebagai sebuah koperasi yang dimiliki oleh 20 buah kelab-kelab ahli. Setiap kelab dikira sebagai pemegang saham dengan satu undian dalam isu seperti pengubahan peraturan dan kontrak. Kelab-kelab memilih seorang Pengerusi, Ketua Pengawai Eksekutif, dan Board of Directors untuk memantau operasi harian liga ini. Persatuan Bola Sepak Inggeris tidak terlibat secara langsung dalam operasi hari ke hari untuk liga ini, tetapi mempunyai kuasa veto power sebagai pemegang saham yang istimewa semasa pengundian Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif dan semasa peraturan ditambah oleh liga ini.
Liga Perdana menghantar wakil-wakil ke Forum Kelab Eropah UEFA, kelab dan bilangan kelab dipilih menurut UEFA coefficients. Forum ini bertanggungjawab memilih tiga ahli kepada Jawatankuasa Persaingan Kelab UEFA, yang terlibat dalam operasi persaingan UEFA seperti Liga Juara dan Piala UEFA.
Penubuhan Liga Perdana Inggeris
Dalam akhir musim 1991, satu cadangan untuk menubuhkan satu liga baru telah dibentangkan yang mana ia boleh memberikan lebih banyak wang ke dalam permain secara keseluruhan. Perjanjian Ahli-ahli Pengasas, ditandatangani pada 17 Julai 1991 oleh kelab-kelab teratas, menubuhkan prinsip-prinsip asas bagi menubuhkan Liga Perdana FA. Liga Bahagian Teratas yang baru yang mendapat kebebasan daripada Persatuan Bolasepak (FA) dan Liga Bolasepak, memberikan lesen Liga Perdana FA untuk berunding Premier League perjanjian penyiaran dan penajaan mereka sendiri. Ini dilihat perlu supaya kelab-kelab Inggeris boleh sekali lagi bertanding dengan dan mengalahkan kelab Eropah terbaik, manakala menarik minat bakat-bakat terbaik di dunia, sesuatu yang mana dalam tahun 1991 merupakan semacam tidak terfikir boleh secara praktiknya. Dalam tahun 1992 kelab-kelab Divisyen Pertama telah berhenti daripada Liga Bolasepak en masse dan pada 27 Mei 1992 Liga Perdana FA telah dibentuk sebagai sebuah syarikat syarikat sendirian berhad bekerja keluar daripada sebuah pejabat di Persatuan Bolasepak kemudiannya beribu pejabat di Lancaster Gate. Ini bermakna satu perpecahan daripada Liga Bolasepak yang berusia 104 tahun, beroperasi sehingga kemudiannya dengan empat divisyen; Liga Perdana akan beroperasi dengan satu divisyen tunggal dan Liga Bolasepak dengan tiga. Di situ tiada terdapat perubahan format dalam pertandingan; jumlah yang sama pada pasukan yang bertanding pada aras teratas, dan kenaikan dan penyingkiran di antara Liga Perdana dan Divisyen Pertama yang baru mesti sama syarat di antara Divisyen Pertama dan Kedua yang lama.
Sejarah Liga Perdana Inggeris
Asal-usul
Untuk topik yang lebih terperinci, lihat Sejarah Bolasepak Inggeris
Pada zaman 1980an bola sepak Inggeris telah mencapai satu tahap yang amat rendah. Banyak stadium runtuh, para penyokong pula berhadapan dengan peralatan yang teruk, hooliganisme sangat berleluasa dan kelab-kelab Inggeris telah dilarang daripada menyertai pertandingan Eropah berikutan kejadian di Heysel dalam tahun 1985. Liga Bolasepak Bahagian Pertama, yang mana telah menjadi aras bolasepak Inggeris tertinggi sejak 1888, telab berada di bealakang liga-liga asing seperti Serie A Itali dan La Liga Sepanyol dalam jumlah bilangan penonton dan keuntungan, dan banyak pemain Inggeris telah berpindah ke luar negeri. Bagaimanapun, bila bermulanya 1990an corak penurunan telah mula untuk berubah; England telah banyak berjaya dalam 1990. Mereka telah banyak berjaya dalam tahun Piala Dunia FIFA 1990 , mencapai peringkat separuh akhir, mencapai peringkat separuh akhir. UEFA, Badan pentadbir bola sepak Eropah, telah mengangkat sekatan terhadap kelab-kelab Inggeris dalam tahun 1990an untuk bermain dalam pertandingan di Bolasepak Europah dan Laporan Taylor berkenaan dengan piawai keselamatan on stadium, yang mana dicadangkan untuk menaiktaraf kepada keseluruhan tempat duduk mahal, yang telah diterbitkan di dalam bulan Januari tahun itu.
Duit Televisyen juga menjadi lebih penting; Liga Bola sepak hanya menerima £6.3 juta bagi dua tahun dalam 1986, tetapi apabila perjanjian tersebut diperbaharui dalam tahun 1988, harganya menaik sehingga £44j selama empat tahun. Perundingan 1988 merupakan tanda-tanda pertama bagi pemecahan sebuah liga; sepuluh kelab telah mengugut untuk meninggalkan liga dan membentuk "liga super" tetapi serta-merta dipujuk untuk kekal. Oleh kerana stadium-stadium telah dibaikpulih dan penonton perlawanan serta keuntungan meningkat, pasukan-pasukan teratas kembali memikirkan untuk meinggalkan Liga Bola sepak untuk mengaut peningkatan masuk duit dipam ke dalam sukan itu
Liga Perdana Inggeris
Liga Perdana Inggeris, biasanya dirujuk sebagai Premiership, merupakan kejohanan liga profesional Inggeris untuk kelab bola sepak. Di puncak sistem liga bola sepak Inggeris, ia merupakan kejohanan bola sepak yang utama.
Ia disertai oleh dua puluh kelab, berfungsi dengan sistem kelayakan dan penyingkiran dengan The football League. Liga Perdana Inggeris merupakan suatu perbadanan dimana 20 ahli kelab bertindak sebagai pemegang saham. Musim berjalan dari Ogos hinga Mei, dengan setiap pasukan bermain 38 perlawanan.Liga ini ditaja oleh Barclay Bank, dan oleh itu secara rasminya, ia dikenali sebagai Barclays Premier League.
Pertandingan itu dibentuk sebagai FA Premier League pada 20 Februari 1992 berikutan keputusan kelab-kelab dalam Football League First Division untuk berpisah daripada The Football League, yang pada asalnya ditubuhkan pada 1888, dan mengambil kesempatan hak-hak penyiaran televisyen menguntungkan. Semenjak itu, Liga Perdana Inggeris telah menjadi liga sukan paling banyak ditonton di dunia. Ia adalah liga bola sepak paling menguntungkan di dunia, dengan pendapatan semua kelab sekitar £1.4 bilion dalam 2005–06, yang dijangka akan meningkat kepada kira-kira £1.8 bilion untuk 2007–08 disebabkan oleh pendapatan media.Ia juga dirank pertama dalam ranking UEFA liga-liga berdasarkan prestasi dalam kejohanan Eropah dalam lima tahun terakhir, mendahului La Liga di Sepanyol dan Seria A di Itali.
Sejumlah 42 kelab pernah bersaing dalam Liga Perdana Inggeris tetapi hanya empat pasukan pernah memenangi: Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Manchester United. Juara semasa adalah Manchester United yang telah memenangi kejuaraan kesepuluh, yang paling banyak dalam mana-mana pasukan.