Permulaan
Liga musim pertama diadakan1992–93 dan asalnya terdiri daripada 22 buah kelab. Jaringan gol yang pertama adalah daripada Brian Deane terhadap Manchester United dalam kemenangan 2-1 untuk Sheffield United. Disebabkan oleh kekerasan FIFA, perbadanan pentadbiran bola sepak antarabangsa, bahawa liga-liga domestik mengurangkan bilangan perlawanan, bilangan kelab dikurangkan kepada 20 buah pada tahun 1995 apabila 4 pasukan diturunpangkatkan daripada liga ini manakala hanya 2 pasukan dinaikpangkatkan ke liga ini. Pada 8 Jun, 2006, FIFA meminta supaya semua liga-liga utama Eropah, agar mengurangkan kepada 18 pasukan bermula dari musim 2007/08. Liga Perdana Inggeris membalas dengan mengumumkan pemikiran mereka untuk mengingkari pengurangan ini.
Struktur
Liga Perdana Inggeris dioperasikan sebagai sebuah koperasi yang dimiliki oleh 20 buah kelab-kelab ahli. Setiap kelab dikira sebagai pemegang saham dengan satu undian dalam isu seperti pengubahan peraturan dan kontrak. Kelab-kelab memilih seorang Pengerusi, Ketua Pengawai Eksekutif, dan Board of Directors untuk memantau operasi harian liga ini. Persatuan Bola Sepak Inggeris tidak terlibat secara langsung dalam operasi hari ke hari untuk liga ini, tetapi mempunyai kuasa veto power sebagai pemegang saham yang istimewa semasa pengundian Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif dan semasa peraturan ditambah oleh liga ini.
Liga Perdana menghantar wakil-wakil ke Forum Kelab Eropah UEFA, kelab dan bilangan kelab dipilih menurut UEFA coefficients. Forum ini bertanggungjawab memilih tiga ahli kepada Jawatankuasa Persaingan Kelab UEFA, yang terlibat dalam operasi persaingan UEFA seperti Liga Juara dan Piala UEFA.
Selasa, 20 Oktober 2009
Permulaan Dan Struktur
Dicatat oleh Ahmad Hariri di 5:04 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan