? ????????????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger a
ccount and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Cl BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 20 Oktober 2009

Pasukan Liga Perdana Inggeris

Format Kejohanan Dan Penajaan

Pertandingan
A Premier League match between Bolton Wanderers and Fulham. Pertandingan
20 buah kelab di Liga Perdana Inggeris masing-masing berlawan dengan setiap kelab lain dua kali, sekali di stadium sendiri dan sekali di stadium pihak lawan untuk jumlah 38 perlawanan setiap kelab. Setiap pasukan menerima 3 mata untuk kemenangan dan 1 mata untuk seri. Semua pasukan disusun kedudukan menurut jumlah mata, dan perbezaan jaringan gol untuk memisahkan pasukan-pasukan yang memperolehi mata yang sama.
3 buah pasukan yang terendah pada akhir musim diturunpangkatkan kepada Kejohanan Liga Bola Sepak, manakala dua buah pasukan yang tertinggi di Kejohanan, serta pemenang perlawanan sampingan yang melibatkan pasukan yang kedudukan ke-3 hingga ke-6, sama-sama dinaikpangkatkan kepada Liga Perdana.
4 pasukan yang teratas layak untuk Liga Kejohanan UEFA: Juara dan Naib Juara memasuki fasa perkumpulanan; ke-3 dan ke-4 memasuki lingkaran perlayakan ke-3. Pasukan ke-5 dilayakkan secara automatik untuk Piala UEFA. Namun jika juara dan naib juara
Piala FA Inggeris berada dalam lima pasukan teratas, maka pasukan ke-6 memasuki Piala UEFA. Jika juara Piala Liga Inggeris berada dalam lima pasukan teratas, maka tempatnya di Piala UEFA digantikan oleh pasukan yang seterusnya di Liga Perdana, tetapi naib juara Piala Liga tidak dapat menggantinya. Pasukan yang paling atas di kalangan pasukan-pasukan yang tidak layak untuk Piala UEFA dibenarkan menyertai Piala Intertoto UEFA.

Penajaan
Sejak tahun 1993, Liga Perdana Inggeris telah ditaja. Penaja diberi kebenaran menentukan nama penajaan liga. Senarai berikut menunjukkan setiap penaja dan nama kejohanan ini:
1993–2001:
Carling (FA Carling Premiership)
2001–2004:
Barclaycard (Barclaycard Premiership)
2004–2007:
Barclays (Barclays Premiership)
2007–2010: Barclays Premier League

Kewangan
Liga Perdana berbangga dengan beberapa pemain terbaik di dunia, termasukah yang banyaknya daripada luar England. Liga PErdana merupakan liga bola sepak yang paling lumayan di dunia, dengan jumlah keuntungan kelab lebih daripada £1.3 bilion dalam musim 2004–05 merujuk kepada
Deloitte, lebih daripada 40% lebih daripada pesaing terdekat, Serie A Itali . Keuntungan akan naik sebahagian besarnya dalam musim 2007–08 , apabila hak penyiaran media bermula (sila lihat di bawah). Berdasarkan Mei 2006 penukaran matawang asing, £1.3 bilion bertukar menjadi keuntungan tahunan US$2.44 bilion. Angka ini adalah keempat tertinggi bagi apa-apa liga sukan di luar negara , di belakang keuntungan tahunan tiga sukan paling popular di Amerika Utara iaitu (Liga Bola Kebangsaan, Liga Besbol Major dan Pertubuhan Bola Keranjang Kebangsaan), tetapi di hadapan Liga Hoki Kebangsaan .

Permulaan Dan Struktur

Permulaan
Liga musim pertama diadakan
1992–93 dan asalnya terdiri daripada 22 buah kelab. Jaringan gol yang pertama adalah daripada Brian Deane terhadap Manchester United dalam kemenangan 2-1 untuk Sheffield United. Disebabkan oleh kekerasan FIFA, perbadanan pentadbiran bola sepak antarabangsa, bahawa liga-liga domestik mengurangkan bilangan perlawanan, bilangan kelab dikurangkan kepada 20 buah pada tahun 1995 apabila 4 pasukan diturunpangkatkan daripada liga ini manakala hanya 2 pasukan dinaikpangkatkan ke liga ini. Pada 8 Jun, 2006, FIFA meminta supaya semua liga-liga utama Eropah, agar mengurangkan kepada 18 pasukan bermula dari musim 2007/08. Liga Perdana Inggeris membalas dengan mengumumkan pemikiran mereka untuk mengingkari pengurangan ini.

Struktur
Liga Perdana Inggeris dioperasikan sebagai sebuah
koperasi yang dimiliki oleh 20 buah kelab-kelab ahli. Setiap kelab dikira sebagai pemegang saham dengan satu undian dalam isu seperti pengubahan peraturan dan kontrak. Kelab-kelab memilih seorang Pengerusi, Ketua Pengawai Eksekutif, dan Board of Directors untuk memantau operasi harian liga ini. Persatuan Bola Sepak Inggeris tidak terlibat secara langsung dalam operasi hari ke hari untuk liga ini, tetapi mempunyai kuasa veto power sebagai pemegang saham yang istimewa semasa pengundian Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif dan semasa peraturan ditambah oleh liga ini.
Liga Perdana menghantar wakil-wakil ke Forum Kelab Eropah UEFA, kelab dan bilangan kelab dipilih menurut UEFA coefficients. Forum ini bertanggungjawab memilih tiga ahli kepada Jawatankuasa Persaingan Kelab UEFA, yang terlibat dalam operasi persaingan UEFA seperti Liga Juara dan Piala UEFA.

Penubuhan Liga Perdana Inggeris

Dalam akhir musim 1991, satu cadangan untuk menubuhkan satu liga baru telah dibentangkan yang mana ia boleh memberikan lebih banyak wang ke dalam permain secara keseluruhan. Perjanjian Ahli-ahli Pengasas, ditandatangani pada 17 Julai 1991 oleh kelab-kelab teratas, menubuhkan prinsip-prinsip asas bagi menubuhkan Liga Perdana FA. Liga Bahagian Teratas yang baru yang mendapat kebebasan daripada Persatuan Bolasepak (FA) dan Liga Bolasepak, memberikan lesen Liga Perdana FA untuk berunding Premier League perjanjian penyiaran dan penajaan mereka sendiri. Ini dilihat perlu supaya kelab-kelab Inggeris boleh sekali lagi bertanding dengan dan mengalahkan kelab Eropah terbaik, manakala menarik minat bakat-bakat terbaik di dunia, sesuatu yang mana dalam tahun 1991 merupakan semacam tidak terfikir boleh secara praktiknya. Dalam tahun 1992 kelab-kelab Divisyen Pertama telah berhenti daripada Liga Bolasepak en masse dan pada 27 Mei 1992 Liga Perdana FA telah dibentuk sebagai sebuah syarikat syarikat sendirian berhad bekerja keluar daripada sebuah pejabat di Persatuan Bolasepak kemudiannya beribu pejabat di Lancaster Gate. Ini bermakna satu perpecahan daripada Liga Bolasepak yang berusia 104 tahun, beroperasi sehingga kemudiannya dengan empat divisyen; Liga Perdana akan beroperasi dengan satu divisyen tunggal dan Liga Bolasepak dengan tiga. Di situ tiada terdapat perubahan format dalam pertandingan; jumlah yang sama pada pasukan yang bertanding pada aras teratas, dan kenaikan dan penyingkiran di antara Liga Perdana dan Divisyen Pertama yang baru mesti sama syarat di antara Divisyen Pertama dan Kedua yang lama.

Sejarah Liga Perdana Inggeris

Asal-usul
Untuk topik yang lebih terperinci, lihat
Sejarah Bolasepak Inggeris
Pada zaman 1980an bola sepak Inggeris telah mencapai satu tahap yang amat rendah. Banyak stadium runtuh, para penyokong pula berhadapan dengan peralatan yang teruk,
hooliganisme sangat berleluasa dan kelab-kelab Inggeris telah dilarang daripada menyertai pertandingan Eropah berikutan kejadian di Heysel dalam tahun 1985. Liga Bolasepak Bahagian Pertama, yang mana telah menjadi aras bolasepak Inggeris tertinggi sejak 1888, telab berada di bealakang liga-liga asing seperti Serie A Itali dan La Liga Sepanyol dalam jumlah bilangan penonton dan keuntungan, dan banyak pemain Inggeris telah berpindah ke luar negeri. Bagaimanapun, bila bermulanya 1990an corak penurunan telah mula untuk berubah; England telah banyak berjaya dalam 1990. Mereka telah banyak berjaya dalam tahun Piala Dunia FIFA 1990 , mencapai peringkat separuh akhir, mencapai peringkat separuh akhir. UEFA, Badan pentadbir bola sepak Eropah, telah mengangkat sekatan terhadap kelab-kelab Inggeris dalam tahun 1990an untuk bermain dalam pertandingan di Bolasepak Europah dan Laporan Taylor berkenaan dengan piawai keselamatan on stadium, yang mana dicadangkan untuk menaiktaraf kepada keseluruhan tempat duduk mahal, yang telah diterbitkan di dalam bulan Januari tahun itu.
Duit Televisyen juga menjadi lebih penting; Liga Bola sepak hanya menerima £6.3 juta bagi dua tahun dalam 1986, tetapi apabila perjanjian tersebut diperbaharui dalam tahun 1988, harganya menaik sehingga £44j selama empat tahun.
Perundingan 1988 merupakan tanda-tanda pertama bagi pemecahan sebuah liga; sepuluh kelab telah mengugut untuk meninggalkan liga dan membentuk "liga super" tetapi serta-merta dipujuk untuk kekal. Oleh kerana stadium-stadium telah dibaikpulih dan penonton perlawanan serta keuntungan meningkat, pasukan-pasukan teratas kembali memikirkan untuk meinggalkan Liga Bola sepak untuk mengaut peningkatan masuk duit dipam ke dalam sukan itu

Liga Perdana Inggeris

Liga Perdana Inggeris, biasanya dirujuk sebagai Premiership, merupakan kejohanan liga profesional Inggeris untuk kelab bola sepak. Di puncak sistem liga bola sepak Inggeris, ia merupakan kejohanan bola sepak yang utama.
Ia disertai oleh dua puluh kelab, berfungsi dengan sistem kelayakan dan penyingkiran dengan The football League. Liga Perdana Inggeris merupakan suatu perbadanan dimana 20 ahli kelab bertindak sebagai pemegang saham. Musim berjalan dari Ogos hinga Mei, dengan setiap pasukan bermain 38 perlawanan.Liga ini ditaja oleh Barclay Bank, dan oleh itu secara rasminya, ia dikenali sebagai Barclays Premier League.
Pertandingan itu dibentuk sebagai FA Premier League pada 20 Februari 1992 berikutan keputusan kelab-kelab dalam
Football League First Division untuk berpisah daripada The Football League, yang pada asalnya ditubuhkan pada 1888, dan mengambil kesempatan hak-hak penyiaran televisyen menguntungkan. Semenjak itu, Liga Perdana Inggeris telah menjadi liga sukan paling banyak ditonton di dunia. Ia adalah liga bola sepak paling menguntungkan di dunia, dengan pendapatan semua kelab sekitar £1.4 bilion dalam 2005–06, yang dijangka akan meningkat kepada kira-kira £1.8 bilion untuk 2007–08 disebabkan oleh pendapatan media.Ia juga dirank pertama dalam ranking UEFA liga-liga berdasarkan prestasi dalam kejohanan Eropah dalam lima tahun terakhir, mendahului La Liga di Sepanyol dan Seria A di Itali.
Sejumlah
42 kelab pernah bersaing dalam Liga Perdana Inggeris tetapi hanya empat pasukan pernah memenangi: Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Manchester United. Juara semasa adalah Manchester United yang telah memenangi kejuaraan kesepuluh, yang paling banyak dalam mana-mana pasukan.

Skil Permainan Bola Sepak

Kejohanan Antarabangsa

Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunai FIFA yang diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.

Cara Permainan

Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.
Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

Taktik

Maklumat lanjut: Kedudukan dan formasi bola sepak
Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:
pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.
Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.
Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.

Sejarah Bola Sepak

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang bola sepak hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Khamis, 15 Oktober 2009

Bola Sepak

Bola sepak (association football atau soccer) ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (B. Inggeris: International Federation of Association Football, B. Perancis: Fédération Internationale de Football Association)