? ????????????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger a
ccount and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Cl BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 20 Oktober 2009

Format Kejohanan Dan Penajaan

Pertandingan
A Premier League match between Bolton Wanderers and Fulham. Pertandingan
20 buah kelab di Liga Perdana Inggeris masing-masing berlawan dengan setiap kelab lain dua kali, sekali di stadium sendiri dan sekali di stadium pihak lawan untuk jumlah 38 perlawanan setiap kelab. Setiap pasukan menerima 3 mata untuk kemenangan dan 1 mata untuk seri. Semua pasukan disusun kedudukan menurut jumlah mata, dan perbezaan jaringan gol untuk memisahkan pasukan-pasukan yang memperolehi mata yang sama.
3 buah pasukan yang terendah pada akhir musim diturunpangkatkan kepada Kejohanan Liga Bola Sepak, manakala dua buah pasukan yang tertinggi di Kejohanan, serta pemenang perlawanan sampingan yang melibatkan pasukan yang kedudukan ke-3 hingga ke-6, sama-sama dinaikpangkatkan kepada Liga Perdana.
4 pasukan yang teratas layak untuk Liga Kejohanan UEFA: Juara dan Naib Juara memasuki fasa perkumpulanan; ke-3 dan ke-4 memasuki lingkaran perlayakan ke-3. Pasukan ke-5 dilayakkan secara automatik untuk Piala UEFA. Namun jika juara dan naib juara
Piala FA Inggeris berada dalam lima pasukan teratas, maka pasukan ke-6 memasuki Piala UEFA. Jika juara Piala Liga Inggeris berada dalam lima pasukan teratas, maka tempatnya di Piala UEFA digantikan oleh pasukan yang seterusnya di Liga Perdana, tetapi naib juara Piala Liga tidak dapat menggantinya. Pasukan yang paling atas di kalangan pasukan-pasukan yang tidak layak untuk Piala UEFA dibenarkan menyertai Piala Intertoto UEFA.

Penajaan
Sejak tahun 1993, Liga Perdana Inggeris telah ditaja. Penaja diberi kebenaran menentukan nama penajaan liga. Senarai berikut menunjukkan setiap penaja dan nama kejohanan ini:
1993–2001:
Carling (FA Carling Premiership)
2001–2004:
Barclaycard (Barclaycard Premiership)
2004–2007:
Barclays (Barclays Premiership)
2007–2010: Barclays Premier League

Kewangan
Liga Perdana berbangga dengan beberapa pemain terbaik di dunia, termasukah yang banyaknya daripada luar England. Liga PErdana merupakan liga bola sepak yang paling lumayan di dunia, dengan jumlah keuntungan kelab lebih daripada £1.3 bilion dalam musim 2004–05 merujuk kepada
Deloitte, lebih daripada 40% lebih daripada pesaing terdekat, Serie A Itali . Keuntungan akan naik sebahagian besarnya dalam musim 2007–08 , apabila hak penyiaran media bermula (sila lihat di bawah). Berdasarkan Mei 2006 penukaran matawang asing, £1.3 bilion bertukar menjadi keuntungan tahunan US$2.44 bilion. Angka ini adalah keempat tertinggi bagi apa-apa liga sukan di luar negara , di belakang keuntungan tahunan tiga sukan paling popular di Amerika Utara iaitu (Liga Bola Kebangsaan, Liga Besbol Major dan Pertubuhan Bola Keranjang Kebangsaan), tetapi di hadapan Liga Hoki Kebangsaan .

0 ulasan: